RSS

Suntik Jiwa Dengan Dos Qiamullail

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh kepada pembaca blog ~ Dominasi Pertamaku // My First Domination~. Saya terbaca artikel ini di dalam majalah Anis keluaran April 2010 dan sangat merasakan bahawa artikel ini dapat memberi manfaat kepada kita yang mahu membuat amal ibadat tambahan atau nafilah bagi mencari pelbagai kebaikan dan pahala daripada Allah SWT, insya-Allah.

-------------------------------------------------------


A

llah S.W.T telah berfirman bahawa tiada solat lain yang lebih baik selepas solat lima waktu selain solat Tahajud. Ini menunjukkan bahawa solat Tahajud amat penting dalam diri hamba-Nya walaupun solat ini hukumnya sunat. “Dan dari malam itu hendaklah engkau bangun tahajud sebagai nafilah (ibadat tambahan) bagimu, moga-moga Allah akan mengangkatmu ke tingkat yang terpuji.” (al-Isra’: 79)


Nabi berkata bahawa ibadah malam yang dilakukan tanpa dilihat oleh seorang pun adalah ibadah yang paling mulia sekali di sisi Allah. Orang tak nampak. Kita buat bukan kerana hendak orang tengok kita banyak buat ibadah sunat. Saingan ibadah Tahajud ini adalah peperangan dengan gengguan nafsu dan syaitan yang ada dalam diri sahaja. Tidak ada gangguan manusia di sekeliling. Ini amalan rahsia antara kita dengan Allah. Amalan eksklusif. Ibadah ini membuktikan keikhlasan yang tinggi sebab tak ada paksaan daripada orang lain ke arah membentuk jiwa kita menjadi bersih dan suci. Demikianlah dijelaskan oleh Ustaz Mohd. Shukri Samsudin, setiausaha Khas merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Sembilan.


Ketika ditemubual tentang ibadah solat Tahajud ini berkata, “Sebagai hamba Allah yang melaksanakan urusan duniawi, saya lebih suka menggunakan perkataan ‘ aktiviti luar waktu’ daripada menggunakan perkataan ‘overtime’ (kerja lebih masa).


‘Over time’ bermaksud kerja yang dipaksa buat untuk dapat pendapatan lebih, disuruh buat oleh ketua. Mahu tak mahu mesti buat. Manakala aktiviti luar kerja bermaksud sukarela. Kita gembira nak buat. Saya cuba aplikasikan pendekatan ini melalui galakan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya dalam menunaikan ibadah Tahajud. Tidak diwajibkan tetapi diberi pilihan bagi orang yang inginkan keistimewaan di sisi Allah berbanding solat lima waktu aktiviti wajib dalam waktu yang tertentu yang jika ditinggalkan berdosa besar.


Jadi, andai kita mahu menjadi manusia hebat di sisi Allah dan Rasul maka marilah kita pilih ibadah cara ini. Ibadah yang sangat makbul.”


Mencungkil pengalaman Ustaz Mohd Shukri sejak zaman bangku persekolahanberazam bangun jam tiga pagi sempena mengambil keberkatan mengekalkan amalan Tahajud pada bulan Ramadan sehingga selepas Ramadan dengan beribadah dan menghafaz Al-Quran. Nyata sangat membantu meningkatkan prestasi hidup hingga ke tahap ini dan berjaya menjadi penghafaz Al-Quran serta membantu mematangkannya mendampingi pelbagai lapisan masarakat. Katanya, “Kita minta dengan manusia belum tentu dapat yang terbaik, jadi kita mintalah pada Allah. Susur sunah yang Nabi buat dalam cara bangun malam. Insya-Allah kita tidak sekali-kali dipersiakan oleh Allah. Sebabnya amalan ini Nabi SAW buat. Apabila Nabi buat Allah pasti suka, fadilatnya sangat besar iaitu antaranya doa kita dimakbulkan. Setiap yang Allah suka, syurga balasannya,” jawab Ustaz Mohd. Shukri penuh yakin.


Ketika ditanya susun atur amalan solat malam, beliau menjelaskan tidak ada susun atur yang tertentu yang diwajibkan. Terpulang kepada individu dalam melaksanakan berapa rakaat yang mereka mampu asalkan konsisten. Buat sedikit berkekalan lebih baik daripada buat banyak sekaligus selepas itu langsung tak buat sebab letih dan dan mudah jemu. Bagi yang berqiamulail berjemaah kebiasaannya ada peraturan susunan solat sunat yang telah dipilih untuk dilaksanakan, jadi terpulanglah kepada jemaah untuk mengikutinya.


*Petikan daripada artikel ‘Suntik Jiwa Dengan Dos Qiamulail’ dari majalah Anis April 2010 m/s 11


Inia @ April 2010 62150 Putrajaya


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...