Assalamualaikum kepada para pembaca blog sekalian..
Maaf, lama tak update blog (sama ada menulis sendiri atau meletakkan artikel ke dalam blog ini) sebab akses untuk Internet agak terhad. Hehe.
Pertama sekali, terima kasih kepada rakan-rakan yang doakan kesejahteraan dan murah rezeki pada saya sempena hari jadi saya pada 27 Mei yang lalu. Terima kasih.. Agak terharu gak la. huhu.
OK.
Sekarang ni, buat masa sekarang, saya telah mendapat pekerjaan. Ni baru kira 1st week. Minggu pertama, saya sedang berada dalam 3 bulan percubaan (3 months probation) yang mana lepas 3 bulan kalau tak perform, akan kena buang kerja.. hehehe. Alhamdulillah, lepas habis ambil sijil, diterima kerja. Lepas grad tuk diploma bulan Oktober tahun lepas, masih belum berpeluang tuk dapat kerja yang tuk kontrak atau permanent. huhu.. Kerja pun ikut suka hati je mengikut minat sendiri (cashier ngan cikgu tadika). Walaupun minat dengan bidang pekerjaan tersebut, tapi disebabkan ekonomi keluarga kurang mengizinkan, terpaksa la saya berenti keje da cuba carik kerja yang 'setaraf' dengn perbelanjaan saya.. :)
"Kau tak sambung blaja ke skarang?"
Itu la soalan yang ditanya oleh majoriti rakan sekolej masa diploma (kawan2 sekolah gak dok tanya benda ni jugak). Memang nak sambung balja, tapi bukan sekarang la. huuhu..
Kadang-kadang terkurang motivasi bila kawan-kawan dok tanya lagu tu. huhu.
Tapi takpe,
hidup perlu positif.
"Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya"
kata-kata di atas ni lah yang saya pegang dan saya percaya. Sejak zaman sekolah lagi. Banyak jugak benda positif yang datang pada saya apabila mempositifkan diri macam kata2 di atas. hehe.. tapi taknak elaborate. (Sekarang pukul 1 pagi, mata mengantuk sangat ni. ni pun dok tersengguk-sengguk menaip tuk update blog ;) )
Saya Perlu MOTIVASI
Sunday, May 31, 2009 |
Labels:
Blogging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment