RSS

Mimpi Rasulullah SAW






Assalamualaikum...sedikit ilmu untuk dikongsi bersama...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....

· Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.
· Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.
· Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.
· Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.
· Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.
· Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
· Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

· Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.
· Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
· Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.
· Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.
· Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.
· Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.
· Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.
· Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.
· Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.
· Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.
· Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu mucullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.
· Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.


Akhir kalam, wassalam... (^_^)

source: click here

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Lasagna Ishamizu Fotopages



Bahan-bahan:

3-5 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar (kita gelar bawang besar putih, ada org panggil bawang india)
1 paket ayam/daging kisar (dicuci dan ditos)
1 botol besar lasagna/traditional prego/dolmino/any tomato paste will do...
Lasagna sheets (depends how big is ur moulder)
Oregano herb secukup rasa
Grated cheese (lg byk lg sedap! )

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dlm periuk, tumiskan bawang besar putih yg dipotong dadu/hiris
2. Setelah naik baunya, masukkan ayam/daging kisar dan biarkan sehingga ia empuk.
3. Setelah daging empuk, tuangkan lasagna tomato paste ke dlm periuk dan gaul sebati selama 5-10mins.

4. Ambil acuan, (kte guna tray oven je ), susun lasagna sheet sehingga meliputi permukaan acuan.
5.Tuangkan kuah yg dimasak td ke dlm acuan dan sekali lg pastikan ia menutupi semua lasagna sheet.
6. Taburkan sedikit oregano herb dan secukup grated cheese.
7.Ulang step 4-6 sehingga penuh acuan.
8. MAsak dlm oven pd suhu 140c selama 40mins.

Source: Ishamizu Fotopages

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Beef Lasagna Arfah

Beef Lasagna

Mama sebenarnya baru-baru ni je pandai makan lasagna sejak papa introduced Lasagna Domino Pizza. Ari tu terjumpa lak resepi Lasagna Kuchai ni dari FP Azza ...kalau x silaplah. Rasanya lasagna Kuchai ni popularlah di alam fotopages ni. So mama pun tak lepaskan peluang mencuba & seriuuusss memang sedap. Papa siap kata cam Lasagna Domino Pizza . Ada lagi balance lasagna sheet kat rumah. Nanti nak buat lagi sekali

Nilah resepi Lasagna Kuchai yg mama copy & paste jer. Thanks to both Kuchai & Azza for sharing this marvellous recipe .

Beef Lasagna edisi mummy
(Original resepi from Kuchai FP)

Bahan-bahan:
Kulit lasagna ikut suka yg kena rebus dulu or takpayah
Mozarella cheese (Mama guna parmesan cheese)

Sos Daging
1 block daging kisar RAMLY
1 tin cendawan butang potong dadu (mama tak guna sebab tak de)
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh (mama x guna)
2 sudu besar tomato pure
1 tin kecik PREGRO tomato sos with basil & garlic (tin oren yer)
2 sudu sos cili
1 kuib pati ayam MAGGI
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

Sos Putih
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak (250ml) susu full cream
1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut if rajin( mama guna mozarella cheese)
sedikit lada sulah & garam

Cara-cara memasak

Sos Daging
Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging. Bila daging empuk masukkan sos pegro, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano & lada hitam. Masak hingga serasi kemudian masukkan cendawan butang. Tips, mummy buat sos ni lebih rasa manis dr masin sbb nnt cheese dah masin

Sos Putih
Cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana. Bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sedrhana jugak sampai pekat lepas tu masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah. Lepas tu masukkan cheese & tutup api,

Letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat mmt. Susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih. Lepas tu tabur mozarella cheese (mama guna parmesan cheese) byk2. Lepas tu ulang ler sampai penuh mangkuk atas sekali tabur cheese byk2 jugak. Bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit. Tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong.

source: fotopages

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...