RSS

Rezeki itu ialah..

: *Pak Hamka berkata ...*

*Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.*

*Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.*

*Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.*

*Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.*

*Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.*

*Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!*

*Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.*

*Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti.*

*Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.*

*Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.*

*Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.*

*Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.*

*Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.*

*kongsi keberkatan rezeki ~*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...