RSS

Mukmin Yang Kuat Lebih Baik & Dicintai Allah

Salam Jumaat,

*Mukmin Yang Kuat Lebih Baik & Dicintai*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَلَا تَعْجِزْ فَإِنْ غَلَبَكَ أَمْرٌ فَقُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ وَإِيَّاكَ وَاللَّوْ فَإِنَّ اللَّوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Dari Abu Hurairah dan sampai kepada Nabi SAW, baginda bersabda: "Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan dalam masing-masing keduanya itu terdapat kebaikan. Bersungguh-sungguhlah terhadap sesuatu yang bermanfaat bagimu dan jangan lemah semangat. Jika suatu perkara mengalahkanmu maka katakanlah, 'Ketentuan Allah telah ditetapkan, dan suatu yang telah Dia kehendaki maka akan terjadi. Dan jauhilah olehmu dari ucapan 'Seandainya' (kalau), karena sesungguhnya ungkapan 'Seandainya' (kalau) membuka peluang masuknya syaitan."

*(HR Ibnu Majah No: 4158) Status: Sahih*

Pengajaran:

1.  Mukmin yang kuat dan dicintai Allah adalah yang kuat imannya dan mampu melaksanakan kewajiban dan menyempurnakan amalan sunnah (dgn tidak menafikan keperluan kekuatan fizikal, harta, ilmu dan lain-lain jika diiringi dengan kekuatan iman)

2.  Mukmin yang lemah imannya kadangkala tidak melaksanakan kewajiban dan enggan meninggalkan yang haram. Orang seperti inilah yang memiliki kekurangan dan tidak disukai Allah

3.  Kedua-dua mukmin ini sama-sama memiliki kebaikan. Mukmin yang lemah imannya, masih tetap memiliki kebaikan dan dia tentu saja lebih baik daripada orang kafir. Namun mukmin yang kuat imannya tentu saja lebih dicintai oleh Allah.

4.  Rasulullah memerintahkan agar bersemangat dalam melakukan hal-hal yang bermanfaat dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan dunia untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan lebih dicintai Allah.

5.  Jika berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan, redhalah di atas ketetapan taqdir dengan hati yang tenang sehingga bertambahlah imannya.

6.  *Jauhilah berkata "kalau", "seandainya" kerana ia membuka peluang hasutan syaitan*.

*Berkata "kalau" ni selalunya berlaku bila kita tak puas hati dgn perkara yg dah berlaku atau perkara yg ditakdirkan, contohnya: "kalaulah aku dah tanam pokok nangka 20 tahun lepas, dah kaya dah aku skrg...".Ayat sebegitu berlaku kerana tidak redha dgn takdir yg telah berlaku...Wallahu'alam*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...