RSS

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING

JIKA KAU RASA....

Jika kita rasa dikhianati oleh saudara kandung, ingatilah bagaimana kisah Nabi Yusuf A.S yang dikhianati oleh abang-abangnya sehingga dicampak kedalam perigi.

Jika kita rasa orang tua menentang dalam soal agama, ingatilah kisah Nabi Ibrahim A.S yang dibakar hidup-hidup oleh  bapanya sendiri.

Jika kita rasa diejek-ejek oleh saudara mara, ingatilah kisah Nabi Muhammad S.A.W yang sering diejek oleh saudara maranya sendiri.

Jika kita rasa masalah hidup terlalu berat menghimpit jiwa, ingatilah kisah Nabi Yunus A.S yang terperangkap dalam perut ikan nun, gelap gelita tanpa cahaya termangu seorang diri.

Jika kita rasa penyakit yang kita hidapi begitu berat dan seolah-olah tiada penawar, ingatilah kisah Nabi Ayub A.S yang sakitnya begitu berat tanpa ada penawar melainkan dari Allah.

Jika kita rasa hina dan rendah diri kerana fizikal, ingatilah kisah Nabi Musa A.S dimana beliau tak boleh bercakap dengan sempurna.

Jika kita difitnah dengan pelbagai tohmahan yang keji dan hina, ingatilah kisah Aishah R.A yang difitnah sehingga seluruh kota memperkatakan tentangnya.

Jika kita rasa sunyi hidup keseorangan, ingatilah kisah Nabi Adam A.S yang bersendirian ketika diutus ke muka bumi.

Jika kita tak dapat melihat logik atas apa yang berlaku dan hati memberontak tertanya-tanya kenapa berlaku sedemikian, ingatilah kisah Nabi Nuh A.S yang diminta membina kapal/bahtera tanpa banyak tanya dan soal oleh Tuhannya.

SubhanAllah... Allahhu Akbar...

ALLAH menguji pesonaliti hebat dan para Nabi agar suatu hari nanti jika ada diantara kita diuji sebegini, janganlah bertanya "WHY ME?"

Ingatlah kepada kisah-kisah insan terdahulu yang hebat diuji, agar ianya menjadi pesanan sanubari setiap jiwa dan hati.

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...