RSS

Siramilah hatimu dengan ayat-ayat Al-Quran



Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh semua...

Alhamdulillah.. Moga apa tazkirah yang kita kongsikan bersama ini, menjadi satu ubat bagi hati kita. Biar ia bersemi harum dan mewangi bersama sinar iman... Insya-Allah.. Dan moga ianya dapat memberi peringatan buat kita manusia yg imannya kadang kala turun dan naik, yg mudah dan selalu alpa ini.. Moga tazkirah2 ini adalah sebagai pemberi nasihat dan pemberi peringatan (muzakkir) kepada semua orang. Amin.

Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:

Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud :

" Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".


Kadang kala kita akan terlintas, dan akan rasa macam jiwa kita rasa kosong.. Rasa cam ade je tak kena. Duit cukup, makan cukup, harta cukup, tapi bila sesorang, ada rasa macam kosong je dalam hati, rasa macam tiba-tiba tak ada matlamat dalam hidup.

Ade gak rasa camtu kadang2.

Itu tanda jiwa kita minta diisi.. minta diisi dengan ubat-ubatan ayatullah... . Solatlah pada sepertiga malammu apabila manusia lain nyenyak tidur (tahajud, witir seelok2nya), Bacalah al-Quran kala malam harimu - hayatilah terjemahannya, hati akan berasa tenang... Selalunya, kalau kita rasa macam tu, maknanya Allah sedang mahu 'mendekati' kita, mau 'mengajak' kita mendekati-Nya.. kerana kita ni manusia biasa... yg mudah alpa...

Kat sini suka inia nak bagi tau kawan-kawan semua, kalau ke kedai2 buku yg besar yg berhampiran ( inia sebut ni - MPH, aritu inia g MPH Alamanda), ada nampak buku tafsir Al-Quran Terjemahan Mushaf Malaysia, terbitan Yayasan Restu Selangor, berwarna warni, cantik. Harga pun sangat berpatutan, RM80 je. Sesiapa yg suka untuk membaca al-Quran dan mahu membaca terjemahannya, bolehlah beli musyaf yg baru dikeluarkan tahun 2009 ni (Inia tengok Cetakan dan Terbitan Pertama - 2009 di depan musyaf ni). Sekurang-kurangnya terjemahannya bukan dari Indonesia yg bahasanya ade yg kita tak faham maksudnya, dan lagipun, berwarna warni. Senang hati melihat seni khat dan musyaf..

Buku tafsir tu dikeluarkan bagi membudayakan sikap ingin membaca al-Quran dan terjemahan di Malaysia khasnya, dan pada saentero dunia amnya. Ada versi Bahasa Melayu, ada versi bahasa Inggeris.

sekian.

Ma'as salamah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...