RSS

Magnet menarik rezqi

Magnet menarik rezeki

✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang..
....................................
✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.
....................................
✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅ 12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah..
Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد

Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika di tanya oleh muridnya beliau berkata...

" Aku bersedih melihat makanan yang banyak, karena terkenangkan Rasulullah SAW.

Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak.

Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

📮Taman Orang Soleh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KISAH JUTAWAN HARI2 BERBUKA PUASA DI MASJID

*KISAH JUTAWAN HARI2 BERBUKA PUASA DI MASJID*

Satu hari dalam bulan Ramadhan seorang jutawan ajak saya berbincang berkenaan bisnes di sebuah hotel terkemuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini,

“Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya”

Beliau jawab,

“Insyaa ALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka”

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa...

Beliau menjawab : “Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok-tengok dah azan... RUGI!!! ”

“Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, Alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, Alhamdulillah makbul”.

*Berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang paling makbul doanya.*

“RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan *masa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa”*

Tambah beliau dalam loghat Utara…

“Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS pada DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib... ”

*“Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun… Allahu Akbar.. !!!” kata beliau lagi…*

“Buatlah… In sya ALLAH lain you rasa dan Insyaa ALLAH apa hajat you akan tercapai… Insyaa ALLAH ” akhiri beliau. Saya senyap sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan haji jutawan tersebut.

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan. Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga “mengejar” bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.

Saya terbanding diri saya dengan beliau.

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu, ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah, air lah, kuih tak potong lagi lah, cedok nasi lah.

Memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri. Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE !

*_1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga._*

*_2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, Alhamdulillah…  ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka._*

Terima kasih tuan haji jutawan atas tarbiyah yang tuan sisipkan. Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan…

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid. Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana-mana amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat. Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna.

Dipersilakan kongsikan ke grup2…

#CopyandPaste

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...