RSS

~:: Pahala Terakhir Seorang Isteri ::~


Ini merupakan sebuah kisah benar yang menyayat hati dan menyentap perasaan seorang wanita... yg dipetik dari Majalah Nur...

***********************************

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapananda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.

Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentinganmasing-masing. Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari
bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari tu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agartidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alammimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adikku yang berdoa - Doa2 Yang Boleh Diamalkan -

Salam a'laik...
huhuhu.. Adik saye yang berumur 6 tahun sudah berada si tadika.. Nama tadika tu Cendekiawan Educare. Ok la progress adik. Banyak doa yang adik dah tau walau hanya basic. Alhamdulillah juga praktikal solat yang sekolah buat juga berkesan, tambah-tambah lagi lagu 'Wuduk' yang cikgu Nurul ajar memang mudah masuk dalam ingatan kanak-kanak ni. Hehe.

Sengaja saya nak letak bacaan doa harian yang terkadang diri ini pun masih belum berupaya menghafaznya. hmm... Moga diberi hidayah dan rahmat dari-Nya... Amin..

Doa Masuk dan Keluar Dari Tandas

Ketika hendak masuk, bacalah :



Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada jin-jin jantan dan betina. Aku berlindung kepadaMu daripada kekotoran najis yang keji dan yang mengkejikan, yaitu syaitan yang terkutuk.

Ketika keluar dari tandas, didahulukan kaki kanan dan membaca :



Ertinya: Segala puji dari Allah yang telah melenyapkan daripadaku apa yang menggangguku dan mengekalkan apa yang bermanfaat buatku.

Doa Hendak Bangun Waktu Malam


Bacalah empat ayat daripada surah Al-Kahf diniatkan sertanya waktu bila ia hendak bangun di waktu malam yaitu :



Artinya : Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh bagi mereka syurga Al-Firdaus tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya, mereka di dalamnya tidak mahu berpindah. Katakanlah (ya Muhammad) sekiranya laut itu menjadi tinta untuk menulis kalimat Tuhanku (untuk diterangkan), nescaya kering laut itu sebelum lagi habis kalimat Tuhanku, walaupun kami bawa tambahan yang seumpamanya. Katakanlah (ya Muhammad) sesungguhnya aku seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu. maka barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya (dengan mendapat balasan yang baik), maka hendaklah ia beramal saleh dan jangan ia menyekutukan sesuatu di dalam ibadat kepada Tuhannya dengan sesuatu yang lain.


Doa Jika Tak Boleh Tidur

Kalau matanya tidak mahu tidur kerana terganggu atau tersasau, bacalah :




Ertinya : Ya Allah! Telah lenyap segala bintang. Telah tenang segala mata (tidur), sedang Engkau hidup dan menguasai, tidak datang kepadaMu mengantuk dan juga tidur.
Ya Tuhan yang hidup lagi menguasai, tunjukilah hatiku dan tidurkanlah mataku.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TANDA-TANDA KESAYANGAN ALLAH

TANDA-TANDA KESAYANGAN ALLAH

" Apabila Allah mahukan kebaikan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikannya merasa dirinya kaya dan ia mengisi taqwa di dalam hatinya, dan apabila Allah mahukan keburukan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikan kemiskinan itu terbayang di matanya. "

Diriwayatkana oleh al-Hakim dari Abi Hurairah

TUJUANNYA

Kaya dan miskin sentiasa menjadi persoalan pokok dalam hidup manusia di dunia ini. Yang miskin ingin jadi kaya dan yang kaya ingin jadi lebih kaya lagi. Namun begitu keinginan untuk jadi kaya bukanlah merupakan satu dosa di sisi Allah, demikian juga keinginan menjadi lebih kaya. Tetapi yang sering menghilangkan pertimbangan manusia yang wajar dan yang sering menjadikan manusia lupakan daratan ialah perasaan tamak yang tidak mengenal batasnya, perasaan merasa tidak cukup yang tidak tahu sempadan.

Dalam hadis ini Allah mendedahkan dua sifat pokok yang membezakan di antara orang yang disayangi Allah dengan orang yang dibenci Allah. Sifat yang disayangi Allah ialah sifat memada dan sederhana. Setiap orang yang dapat menikmati sifat itu akan merasa dirinya benar-benar kaya dan merdeka. Ia tidak diburu oleh merasa kebimbangan yang bukan-bukan, tidak dirasuk oleh ketamakan-ketamakan yang boleh memesongkan jalan hidupnya yang baik, sementara sifat orang yang dibenci Allah ialah orang yang sentiasa merasa dirinya diancam kemiskinan, ia begitu takut jatuh papa dan miskin, begitu panik dengan kemerosotan kekayaannya walaupun kekayaan yang wujud dalam miliknya masih kukuh dan masih tidak seburuk orang lain.

Penyakit takut miskin atau 'miskin fobia' merupakan penyakit zaman moden yang amat ditakuti sekali, kerana itu sebilangan besar orang ramai melindungi dirinya dan anak buahnya dengan berbagai-bagai insuran dan menyapu dari jiwa mereka sebarang perasaan menyerah dan bertawakal kepada Allah yang menjadi sifat utama para Mukminin dan tidak kurang pula menjadi petualang-petualang yang bersedia untuk merompak apa sahaja peluang yang dapat membebaskan mereka dari ketakutan menjadi miskin. Dan penyakit inilah juga yang menjadikan mereka manusia-manusia bakhil yang hanya sibuk menghitung punca-punca masuk dan keluarnya duit-duit mereka, tanpa mengira kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan masyarakat.

Dalam surat Al-Isra' ayat (100) Allah memberi satu sindiran tajam kepada manusia yang dikongkongi penyakit 'miskin fobia'

" Katakanlah wahai Muhammad kalau kiranya kamu (wahai manusia) menguasai perbendaharaan-perbendaharaan nikmat Tuhanku tentulah kamu tahankan perbendaharaan itu kerana takut membelanjakannya, sesungguhnya manusia itu amat bakhil. "

Al-Isra' (100)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...