RSS

Resepi Masakan Satay

Salam a'laik...
Tiba-tiba inia rasa teringin nak masak satay di rumah. Hehe.. Jadi Inia carik resepi ni dan letak di blog supaya boleh dijadikan rujukan bila-bila masa! ;) Resepi ini Inia ambil dari MyResepi dan semoga para pembaca blog ~ Dominasi Pertamaku // My First Domination ~ yang berminat untuk memasak satay sendiri di rumah bolehlah ambil resepi ini.... ;)

Selamat mencuba! ;P

Satay Melayu Asli

27-07-07_2039

Satay penang mari..


Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)

  • BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak

  • BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk

  • BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya

  • BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lirik Lagu Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta WANITA & LELAKI

Assalamualaikum..
Inia temui kisah ini di ruangan komen Tagged rakan Inia. Kisah ini untuk renungan bersama.. Moga ada hikmah hendaknya. :)

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan b*d*hnya dia patahkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...