RSS

Aqiqah..

AQIQAH

















Aqiqah adalah sunnat mua'kad yang sangat dianjurkan di dalam Islam. Aqiqah bermaksud menyembelih kambing buat anak yang baru lahir afdhalnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. Aqiqah adalah seekor kambing untuk anak perempuan dan dua ekor kambing untuk anak laki-laki. Hadis yang mengatakan tentang Aqiqah ini ialah : Imam Bukhari meriwayatkan dari Salman bin Amar Adh-Dhabi bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :







"Sesungguhnya anak itu diaqiqahi, tumpahkanlah darah baginya dan jauhkan penyakit daripadanya dengan mencukurnya".











Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya anak laki-laki diaqiqah dua ekor kambing dan anak perempuanseekor kambing sahaja. Kebiasaannya, binatang yang telah diaqiqah itu dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara terdekat. Diantara syarat-syarat Aqiqah adalah seperti di bawah :

  1. Daging kambing Aqiqah akan dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan Aqiqah sebagai Fida (mempertalikan ikatan anak dengan Allah s.w.t).
  2. Sewaktu Aqiqah dijalankan daging kambing Aqiqah akan disembelih sambil menyebut nama anak yang dilahirkan.










Kami ada menyediakan khidmat Aqiqah di Makkah. Di Makkah aqiqah akan dijalankan oleh Ustaz Abdul Salam.










Di Makkah
* Harga seekor kambing ialah $220
* Daging Aqiqah akan disedekah kepada fakir miskin di sana (Makkah)
* Ibu bapa akan diberi gambar penyembelihan & sijil Aqiqah yang menunjukkan tarikh & masa Aqiqah dijalankan (seperti gambar bawah)
























































Ust Salam sedang menyembelih kambing yang diaqiqahkan.


































































Daging kambing ini akan disedekahkan pada fakir miskin















Kambing aqiqah sedang dibersihkan






































Sijil yang akan diberi pada waris yang membuat aqiqah di Makkah











Sila hubungi Ustaz Dzarif di pejabat di talian 62992345
Anda juga boleh buat tempahan aqiqah online. Sila klik di sini.

Sumber : http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Aqiqah.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Pengenalan
Program Ibadat Aqiqah OnLine adalah satu program dimana sesorang yang berhajat untuk mengaqiqahkan anak mereka mewakilkan pengurusan Kijang Kota Trading untuk menyempurnakan ibadat tersebut. Pembeli hanya perlu memilih haiwan ternakkan yang hendak di sembelih dari gambar sampel yang dipaparkan, menyatakan butir-butir anak dan membuat pembayaran kepada Kijang Kota Trading.

Kijang Kota Trading pula, setelah menerima pembayaran akan menguruskan ibadat tersebut dan memilih ternakan untuk di sembelih, melapah dan menghantar daging ke Madrasah Tahfiz atau ke Rumah Anak Yatim untuk di masak

Butir-Butir Aqiqah
Pembeli memberi butir-butir anak (nama, jantina, tarikh lahir dan menetapkan dimana daging harus disedekahkan) dan mewakilkan pengurusan Kijang Kota Trading untuk menguruskan penyembelihan, memasak dan pembahagian daging.

Haiwan
Pembeli memilih haiwan ternakan dari gambar sample yang dipaparkan. Bagi haiwan ternakan kambing, Kijang Kota Trading menyediakan 4 pilihan iaitu Bebiri Kampung, Bebiri Import (Merino), Kambing Kampung dan Kambing Import (Farell).



Lain-lain
Pembeli akan menerima Sijil Aqiqah dari Kijang Kota Trading (optional). Sijil tersebut akan di pos ke alamat pembeli sebaik sahaja urusan Ibadat Aqiqah selesai.

Kijang Kota Trading akan mengambil amanah untuk menyempurnakan amalan ibadat aqiqah selewat-lewatnya 3 hari sebaik sahaja menerima pembayaraan penuh, butir-butir anak dan jenis haiwan yang di pilih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aqiqah

Written by Administrator, on 15-12-2006 09:12
Views 10036
Favoured 6

Kemusykilan: hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan

Aqiqah disebut dalam hadith :-

مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى

Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه".

ُErtinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.

Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru...wallahu a'lam.. saya kira ianya adalah harus.

Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..:)

Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..

Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.

Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-

" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.

Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "

Komen saya :

Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat'ie dan ia masih dalam kategori perkara furu'/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah "ia hal taqarrub"..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat...ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).

Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya??? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat 'taqarrub' kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.

Justeru ia kekal isu yang sangat furu' dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ''lam.

sekian

UZAR

7 Dis 06

16 ZUlkaedah 1427 H

Last update: 15-12-2006 09:12

Published in : Soal Jawab, Ibadah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (8) RSS feed comment
Posted by ingin tahu, on 26-11-2008 04:34, IP 219.93.152.130, Guest
1. nazar dan hukumnya
assalamualaikum ustaz,
semasa kat bgku sklh dulu(1995) saya pernah berniat nak hantar ibubapa mengerjakan haji seandainya saya berjaya dan mendapat pekerjaan tetap.Tapi semasa saya kat maktab(1997),ibubapa saya sudah pun mengerjakan haji dengan duit sendiri (alhamdulillah..)Baru skrg saya teringat dengan niat saya itu..saya bertanya kat mereka samada nak pg haji lagi ke tak(dengan duit saya)..jwpnnya mereka dah tak mampu sbb selalu uzur..soalannya boleh tak saya ganti dengan bagi upah haji untuk mereka atau ganti dgn umrah sbb mereka mampu buat lagi kerana rukun umrah lebih ringan..

UZAR : YE BOLEH, JIKA SDR BERNAZAR MAKA WAJIB DITUNAIKAN. DALAM DALAM AYAT SDR TADI TIDAK DINYATAKAN SAMA ADA BERNAZAR ATAU TIDAK. JIKA TIDAK BERNAZAR, ADA BANYAK CARA LAIN UNTUK BERIKAN MANAFAAT PAHALA BUAT IBU BAPA..
» Reply to this comment...

Posted by ieda, on 09-04-2008 18:25, IP 60.52.102.173, Guest
2. ...
salam,ustaz
cmna saya nak hubungi ustaz utk tanya sebarang kemusykilan
nak terangkan dalam ni susah lah
sy susah nak mulakan cite nye cmna.
harap ustaz sudi bantu saya.
» Reply to this comment...

Posted by Aji, on 28-02-2008 21:20, IP 60.52.103.211, Guest
3. ...
Apakah boleh daging aqiqah di makan keluarga
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Faizal, on 22-12-2007 21:59, IP 60.52.102.111, Guest
4. ...
Assalamualaikum warahmatullah.
Ana ingin kepastian dari Uztaz.Apakah hukumnya memberi daging Aqiqah/Korban kepada binatang(kucing) .Apakah ada syariat yang mengatakan tulang2 dari aqiqah itu sama ada wajib/sunat/sebaiknya ditanam?
wassalam.
» Reply to this comment...

Posted by abiddin ahmad, on 07-12-2007 19:14, IP 60.52.97.151, Guest
5. ...
bagus,cuma boleh ke seekor lembu atau kerbau bercampur bahagian ada buat aqiqah ada buakat korban?

komen uzar : Boleh inshaAllah
» Reply to this comment...

Posted by shafizi, on 28-11-2007 19:08, IP 60.52.101.192, Guest
6. ...
assalamulaikum ustaz,saya cuma nak tanya bolehkah daging aqiqah itu dimakan oleh orang yang yang membuat aqiqah itu sendiri?
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 26-11-2007 12:17, IP 60.52.103.247, Guest
7. ...
bagus
» Reply to this comment...

Posted by Kurang pasti, on 06-11-2007 18:27, IP 60.52.97.83, Guest
8. ...
betul ke dikatakan aqiqah utk anak lelaki ialah 2 bhgn manakala anak perempuan hanya 1 bahagian? jika anak lelaki 2 bahagian, bolehkah dibuat secara separuh-separuh kerana tidak berkemampuan untuk membuat sekaligus?
» Reply to this comment...

Add your comment


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...