RSS

PINTU SYURGA MASIH TERBUKA DI RUMAHMU

*KETIKA PINTU SYURGA MASIH TERBUKA  DI RUMAHMU, SEGERALAH MASUK, JANGAN SAMPAI IA TERTUTUP.*

Saya menziarahi seorang kawan yg kematian ibunya yang selalu dijaganya selama ini, dia berbisik kepada saya sewaktu bersalaman:
"Telah *HILANG PINTU SYURGA* di RUMAH saya..."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan nasihat untuk sentiasa redha dan bersabar.

Apa maksud ucapannya *PINTU SYURGA di RUMAH nya telah HILANG ????*

Ini adalah satu PERKATAAN orang yang ber ILMU, orang yang MENGETAHUI......

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh seorang tabi’in  *Iyas bin Mu’awiyah,* yang menangis tersedu-sedu ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya.

Ketika ditanya pada beliau:
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa?"
Maka beliau menjawab:
*“Aku tidak MENANGIS karena KEMATIAN,* sebab yang *HIDUP pasti akan MATI...."*
Akan tetapi yang membuat aku menangis kerana dahulu aku memiliki *DUA PINTU ke SYURGA*... ,
tetapi hari ini *TERTUTUP*lah *SATU PINTU* dan tidak akan dibuka lagi sampai hari Kiamat.
Aku memohon kepada *ALLAH TA'ALA* agar aku mampu menjaga *pintu SYURGA yang keDUA."*

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan dengan sabda *Rasulullah SAW*diriwayatkan  dari *Abu Darda RA.* ;
*Rasulullah SAW* bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
*ORANG TUA* ( ibu & ayah) adalah *PINTU SYURGA* yang paling tengah.
Kamu samaada *MENSIA-SIA kan* pintu itu atau kamu *MENJAGA nya* . (HR. Ahmad 28276, Tirmidzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan oleh Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua *IBU BAPA* kita adalah ibarat *PINTU SYURGA* bagi setiap *ANAK,* dengan maksud jika kita *BERKHIDMAT dan BERBUAT BAIK* kpd *KEDUA* nya, maka *ALLAH* akan memberi ganjaran *SYURGA, tapi siapa yg MENSIA-SIA kan PELUANG* ini, akan *TERLEPAS lah PELUANGNYA* untuk    menuju *SYURGA.*

Bahkan mereka itu *CELAKA*; *Rasulullah SAW* bersabda :
"*CELAKA, CELAKA, CELAKA.*"
Lalu ditanyakan kepada *Baginda,*: "*SIAPA* (yang celaka)
wahai *Rasulullah ??*."
Maka *Baginda* bersabda :
*"SIAPA* saja yang menjumpai *KEDUA ORANG-TUA*nya, baik *SALAH SATU atau KEDUA-DUA*nya *di KALA mereka LANJUT USIA,* akan *TETAPI* (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke *syurga* .
*(HR. Muslim)*

Saya hendak mengajak kalian semua agar *TIDAK MENSIA-SIAkan* peluang *PINTU SYURGA* yang ada di *RUMAH kita*, *LEBIH- LEBIH* lagi jika *USIA KEDUA ORANG TUA* telah lanjut, *MELANGKAH* lah ke *PINTU SURGA* itu dengan *BERBUAT BAIK* kpd *KEDUAnya* .
Sebelum kita *meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA...*

JANGAN *abaikan PINTU SYURGA* yg ada pd kita dan sesungguhnya kurnia Allah adalah melalui *IBU BAPA* kita .

Dalam hidup ini, *ALLAH* buka banyak kesempatan untuk dapat munuju *SYURGA,* *SEDARLAH* untuk merebutnya,  jangan sampai LALAI hingga kita TIDAK MAMPU meREBUTnya.

Kemudian *ALLAH* ambil balik *SATU demi SATU* peluang ini,
Maka *TERTUTUP lah SATU demi SATU* kesempatan emas untuk ke *SYURGA* melalui pintu *KETAATAN* kepada *IBU BAPA* kita.

*MEREKA yang LALAI dengan DUNIA*nya tidak akan terasa apa-apa dengan *TERTUTUP nya PINTU SYURGA* untuknya, tetapi mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat *WAFAT nya IBU atau BAPA* bagai *TERTUTUP* nya *PINTU SYURGA di RUMAH nya .*

Santunilah *IBU BAPA & MERTUA mu ketika mereka MASIH ADA,* sementara *PINTU SYURGA di RUMAH* mu *MASIH TERBUKA.*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU

BACA LAH, MUNGKIN ADA MANFAAT SEBAGAI IBU BAPA KPD ANAK2...
PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU
-------------------------------------------------------------

Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani..

Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir..

lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya..

Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya..

Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir..

ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya..

Syekh Abdul Qadir suka makan ayam..

dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja..

lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..

Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..

Pakcik ada anak namanya ini?

Jawab si bapa: ya ada..

Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?

Jawab si bapa: ya.

Pakcik tahu, anak pakcik  dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..

Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..

Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..

Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama'..

Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..

Kalau begitu ambillah anakmu..

Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang..

Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang..

bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..

ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..

Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..

tuan didik lah anak saya..

ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...

ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu..

Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir..

bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..

tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..

ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu..

disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..

maka anak yang menjadi mangsa..

Begitulah ADAB dalam menutut ilmu..

Anak,mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..

Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..

Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..

Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..

Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu..

maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..

Semoga Allah jadikan kita  orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita .

Aamiin YRB .
InshaaALLAH .

والله اعلم بالصواب.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Last Lecture

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama..😊😊😊

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...