RSS

10 PENGHUNI SYURGA TANPA HISAB

*10 PENGHUNI SYURGA TANPA HISAB*

PERKONGSIAN ILMU PAGI INI (P.I.P.I) Selasa 9 Sya’ban 1439/24 April 2018

Nukilan Al marhum,
*Ustaz Abdul Rasyid bin Abd Ghani*
Pengasas MT Al Quran Ar Rasyid

Setiap orang pasti ingin menjadi penghuni syurga. Waimma orang yang jahat pun mengharapkan dimasukkan ke dalam syurga Allah ﷻ dan bukan ke jurang api neraka. Ini kerana syurga adalah tempat yang sangat indah yang tidak pernah kita lihat, tak pernah didengari dan tak pernah terfikir akan kenikmatan dan kehebatannya.

Ulama' menyatakan, manusia akan masuk syurga dengan *TIGA CARA*;

1. Masuk syurga tanpa hisab.
2. Masuk syurga setelah dihisab.
3. Masuk syurga setelah diazab di dalam neraka.

Terdapat 70,000 umat Nabi Muhammad ﷺ yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. *Ahl al-Fadl (ahli kemuliaan)-*
• Orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.*

2. *Ahli as-Sabr (ahli kesabaran)*
• Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah ﷻ dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. *Jiran-jiran Allah ﷻ*
• Saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah ﷻ , duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
[HR Abu Nu’aim dari Ali bin Husain]

4. *Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah sama ada pergi atau balik*
[HR: Jabir bin Abdillah ra]

5. *Perempuan yang taat kepada suami serta terus mendidik anak-anak sehingga dapat berbakti kepada ibubapa*
[Hadis Marfu’ dari Abu Ayyub Al-Ansari]

6. *Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meninggal dalam masa tersebut.*
[Hadis Marfu’: Anas bin Malik]

7. *Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”*
[HR : A’isyah r.anha]

8. *Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat*
[Hadis Marfu’ daripada ‘Ata’]

9. *Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya*
[Hadis Marfu’: Hakim at-Tirmidzi]

10. *Orang yang menggali perigi di tengah padang untuk kebajikan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah ﷻ*
[HR: Ibn Mas'ud]

Semoga kita semua termasuk diantara 10 golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab yang disebut sebilangan kecil diatas tadi. Perbaharui niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Lebih pentingkan penilaian dari Allah ﷻ.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LATIHAN MENGENDALI MUALAF

Salam.

LATIHAN: MENGENDALI MUALAF

• Latihan ini terbuka kepada semua Muslim yang berminat hendak membantu / membimbing mualaf, dan yg ingin membina modul kelas / kursus mualaf

Tarikh: 7-8 April 2018 (Sabtu Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang

Tempat: IIS 1-5-2, Wisma Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Anjuran: Islamic Information & Services Foundation IIS
Yuran: RM40

Pendaftaran & Pertanyaan:
0136159030 bro Mas-Yuri
0192873566 sis Kamilah

Sabtu 07.04.2018
08.30am-09.00am Pendaftaran
09.00am-09.15am Pengenalan
09.15am-10.30am Mualaf: Masyarakat & Daie
10.30am-10.45am Rehat
10.45am-01.00pm Skil Dakwah: Mualaf
01.00pm-02.30pm Rehat
02.30pm-04.15pm Skil Dakwah: Keluarga Mualaf
04.15pm-05.30pm Latihan: Kategori & FAQ I

Ahad 08.04.2018
08.30am-09.00am Kuiz Milenium
09.00am-10.30am Latihan: Kategori & FAQ II
10.30am-10.45am Rehat
10.45am-12.45pm Silibus: Kursus Mualaf I
12.45pm-02.15pm Rehat
02.15pm-04.15pm Silibus: Kursus Mualaf II
04.15pm-05.30pm LDK: Pemantapan

Sinopsis Program
1. Membincangkan Soalan Lazim (Frequently Asked Question FAQ) berkaitan mualaf
2. Membentangkan pelbagai topik ‘Presenting Islam’ kepada mualaf
3. Menyediakan soft skill mengendali mualaf sebelum, semasa dan selepas syahadah
4. Berkongsi silibus kursus mualaf yg peserta boleh anjurkan pada masa depan

Sinopsis Setiap Slot
Slot 1 - Mualaf: Masyarakat & Daie
• Dunia mualaf
o Realiti vs Fantasi
• Dunia daie
o Akhlak Teori vs Akhlak Realiti
- Ketika membuat teguran
- Ketika berbeza pendapat
• Peranan daie dalam menyedarkan masyarakat untuk membantu mualaf
o Masyarakat di media sosial
- Masyarakat yg mudah kagum dengan kisah mualaf
- Peranan daie mengubah perasaan kagum kepada ingin bertanggungjawab
o Masyarakat di bandar dan kampung
o Ahli kariah masjid dan surau
o Sekolah dan IPT

Slot 2 - Skil Dakwah: Mualaf
• Isi kandungan
o FAQ, soft skill, strategi, turutan langkah dan isi penerangan tentang Islam dalam mengendali mualaf
• Langkah dan tindakan daie bagi 3 keadaan
o Belum masuk Islam
- Turutan langkah dan tindakan daie apabila ada orang nak masuk Islam
i. Kes biasa
ii. Kes khas
a) Budak bawah umur nak masuk Islam
b) Minat masuk Islam tapi mahu rahsiakan
c) Minat masuk Islam tapi takut keluarga marah
o Semasa nak masuk Islam
- Prosedur
- Tempat syahadah
- Tempat daftar pengislaman
o Selepas masuk Islam
- Kategori biasa i.e tiada masalah
i. Masuk Islam sebab nak kahwin
ii. Masuk Islam hasil dari kajian
iii. Miskin dan kurang pelajaran
iv. Pelajar sekolah dan IPT
v. Warga emas
vi. Profesional
vii. Foreigner
- Kategori khas i.e ada masalah
i. Tiada kawan (keseorangan)
ii. Masalah kewangan
iii. Dipulaukan
a) Keluarga
b) Majikan
c) Kawan
iv. Bercerai atau clash
a) Dengan suami atau isteri
b) Dengan kekasih

Slot 3 - Skil Dakwah: Keluarga Mualaf
• FAQ , soft skill, strategi, turutan langkah dan isi penerangan dalam mengendali keluarga berkaitan dengan mualaf
o Peranan
- Daie
i. Sebagai individu
ii. Sebagai ahli NGO
iii. Sebagai kariah masjid/surau
- Mualaf
o Keluarga
- Pasangan
- Angkat
- Mualaf
i. Menentang
ii. Tidak kisah
iii. Tidak pasti

Slot 4 - Latihan: Kategori & FAQ I
• Ulangkaji dan pengukuhan
o Ujian
o Perbincangan
o Pembentangan Kajian Kes

Slot 5 - Kuiz Milenium
• Ulangkaji
o Pengukuhan pemahaman

Slot 6 - Latihan: Kategori & FAQ II
• Ulangkaji dan pengukuhan
o Ujian
o Perbincangan
o Pembentangan Kajian Kes

Slot 7 - Kursus Mualaf: Silibus I
• Perkongsian berkenaan silibus kelas dan kursus bimbingan mualaf yg peserta boleh anjurkan sendiri pada masa depan

Slot 8 - Kursus Mualaf: Silibus II
• Sambungan kepada Slot 7

Slot 9 - LDK: Pemantapan
• Kajian Kes
o Pembentangan
o Perbincangan
o Soal jawab

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...