RSS

Nasihat Sayyidina Ali bin Abi Talib

{Sayyidina Ali bin Abi Talib  telah berkata}

✅Simpan rahsiamu berdua saja:

1. Dirimu
2. Allah swt

✅Jagalah di dunia ini dua keredhaan:

1. Ibumu
2. Bapamu

✅Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:

1. Sabar
2. Solat

✅Jangan risau dua hal ini:

1. Rezeki
2. Ajal

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.

✅Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:

1. Kebaikanmu terhadap orang lain
2. Kesalahan orang lain terhadapmu

🌹Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:

1. Allah SWT
2. Alam Akhirat

🌹Selalu dekat dengan 4 orang ini:

1. Ibumu
2. Ayahmu
3. Saudara lelakimu
4. Saudara perempuanmu

🌹Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:

1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

🌹Empat hal yang memperindah dirimu :

1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

🌹Empat orang yang hendaknya kamu dekati:

1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur

🌹Empat orang yg jangan kamu jadikan teman:

1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

🌹Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

1. Isterimu
2. Anak - anakmu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

🌹Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:

1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gosip

🌹Empat hal yang jangan kamu putus :

1. Solat
2. Qur'an
3. Zikir
4. Silaturrahim

👉Kirimkan artikel ini kepada sahabat2 yang anda sayangi ...🌺🌺

#SharingIsCaring #MuhasabahSebelumRebah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Titian Siratul Mustaqim itu sangat gelap

Rupa-rupanya Titian Siratul Mustaqim itu sangat gelap.

Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad, "Kalau gelap macam mana kita nak melintasinya?"

Jawab Nabi Muhammad, "Dengan cahaya yang keluar dari anggota kita. Terang atau malap cahaya tu, bergantung kepada amalan kita masa di dunia."

Ada orang, anggotanya bercahaya terang benderang. Senanglah dia melintas Titian Siratul Mustaqim.

Ada orang, cahayanya terdapat pada ibu jari kakinya sahaja. Maka melintaslah dia dengan cahaya yang terbatas itu.

Ada orang pula, cahayanya kejap ada kejap padam. Masa keluar cahaya dia pun berjalan. Masa cahaya hilang dia berhenti dulu. Begitulah dia sepanjang perjalanannya.

Ya Allah.. Dengar macam ni, kita rasa kita ni orang yang punyai cahaya yang gilang gemilang, atau yang sekejap ada sekejap takde, atau yang bercahaya pada hujung kakinya sahaja?

Takutnya...

Doa Rasulullah memohon cahaya.

Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikanlah cahaya di pendengaranku,
Jadikanlah cahaya di lisanku,
Jadikanlah cahaya di dalam hatiku,
Jadikanlah cahaya di kananku,
Jadikanlah cahaya di kiriku,
Jadikanlah cahaya di depanku,
Jadikanlah cahaya di belakangku,
Jadikanlah cahaya di atasku,
Jadikanlah cahaya di bawahku,
Jadikanlah untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.

Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang tidak akan bercakap perkara-perkara yang lagha.

Ahli-ahli syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.

Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca Quran dan melafazkan zikir memuji Allah.

Kata Nabi Muhammad SAW, "Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup. Maknanya dia kejap mati, kejap hidup. Begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu."

Tubuh badan anak Adam dilebarkan oleh Allah di dalam neraka beberapa hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak.

Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.

Bayangkan berapa lama di neraka kerana kerana dosa-dosa?

Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kepada Allah, doa para ulama' agar orang ini juga akan mati dalam ketaatan kepada Allah.

Ada yang dibakar hingga tamat tempoh. Kemudian bila dah habis tu dia diam di dalam neraka menjadi arang. Hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga.

Bayangkan, orang bukan Islam ni berapa lama dia akan tinggal di neraka Allah. Sebab itu kadang-kadang mengalir air mata kita bila kita lihat lalunya jenazah orang-orang yang bukan Islam.

Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah Nabi melangkah masuk ke syurga.

Diriwayatkn Nabi tunggu sampai orang yang terakhir melintas Titian Siratul Mustaqim. Dia berjalan dengan lambatnya, Nabi tunggu.

Titian tu gelap sebab ia dibentangkn di atas neraka jahannam.

Di hadapan Titian Siratul Mustaqim itulah syurga. Ada yg berjalan selaju angin. Ini orang-orang yang tidak pernah sakitkan hati orang. Sentiasa memberi daripada menerima.

Orang yang terakhir ni, orang yang imannya paling lemah.

Diriwayatkan, syurga ni pinggirnya saja sudah terlalu indah. Belum lagi masuk ke dalamnya.  Ahli syurga suara pun sedap bunyinya.

Lepas dia melintas Titian Siratul Mustaqim tadi, dia melihat sebatang pokok besar yang di bawahnya ada air yang mengalir. Dia minta pada Allah untuk duduk di situ. Allah kata duduk lah.

Kemudian di depan lagi dia tengok ada pokok lain yang lagi indah. Dia mintak nak berada di bawah pokok tu. Allah pun izin.

Kemudian dia tengok lagi di hadapannya pokok yang lagi indah, yang ada banyak lagi kenikmatan. Dia pun mintak lagi nak duduk di situ. Allah pun benarkan juga.

Dari situ dia dengar suara-suara orang di dalam syurga. Suara-suara itu begitu merdu. Dia minta dengan Allah untuk masuk dalam syurga. Allah pun benarkan.

Bila masuk, dia keluar semula. Dia tanya Allah, adakah tempat untuk dia?

Allah kata, pernah tak dengar masa di dunia dulu org yang paling kaya? Dia kata pernah. Allah kata, "Sesungguhnya untuk mu akan Ku anugerahkan 10x ganda malah lebih-lebih lagi berbanding kekayaan org yang paling kaya tu." MasyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yang paling akhir pun diberi nikmat sebegitu besar. Apatah lagi orang-orang yang taat pada Allah.

* Sampaikan kebaikan walau sebaris ayat. Semoga bermanfaat.

Sungguh perjalanan di dunia ini pun sebenarnya gelap pekat ujian di mana-mana. Kita di pesongkan dengan hal lagha terlalu banyak. Jalan yang dekat jadi jauh. Ada jalan yang mudah, tapi yang rumit kita ambil. Sahabat yang di jalan mengenal amat sedikit. Syaitan pula hatinya sakit di perangkap kita menjerit-jerit - Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Akhirnya kita sedar kita kena yakin pada naluri sendiri yang perlu di bimbing. Yakin bulat hanya pada Allah.

Sama-sama muhasabah.

untukperingatananakcucu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedekah al Fatihah untuk ibubapa murah rezeki

Assalamualaikum wbt...

Perlu Ke Sedekah AlFatihah Kat Org Mati? Rupa2nya.
Ust Don Beri Penjelasan MENGEJUTKAN !!!

Sering menjadi persoalan, perlu ke sedekah Al-Fatihah kpd ibubapa atau sape2 yg sudah meninggal dunia? Ustaz Don Daniyal tampil memberi penjelasan yg intipatinya LEBIH BESAR & MENGEJUTKAN !!! Hanya ngn share saje pun anda sudah mendapat pahala. Perlu Ke Sedekah AlFatihah pd Org Mati? Rupa2nya

Ust Don Beri Penjelasan MENGEJUTKAN !!!|  SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH UNTUK IBUBAPA MU SETIAP SELEPAS SOLAT SUBUH.

Ini merupakan nasihat Ustaz Don kpd anak2  yg masih hidup didunia ini supaya diluaskan pintu rezeki bagi mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda:-

“Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kpd kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup@telah tiada)” ………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu …Close
Berdasarkan Hadith Nabi SAW:-

“Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kpd kedua org tuanya dlm sehari” Huraian hadith:-

Jgn sesekali meninggalkan doa kpd kedua ibubapa (baik yg hidup mahu pun yg sudah tiada)

Allah akan memurahkan rezeki kpd mereka yg tidak putus2 berdoa kpd kedua ibu bapa (hidup atau mati). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

Semasa berdoa, berdoalah dgn bersungguh2.…. Tadah tgn dan Bayangkan wajah kedua org tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yg banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yg lupa berdoa kpd kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Bagi yg berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jgn lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yg kita Dapat dari Allah (e..g. Makanan, Kesihatan, Kasih Sayang, Ilmu dsbnya ..) In Syaa Allah. Berusaha dan bertawakal.… In Syaa Allah

Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsbnya ….. tapi dgn hati yg tulus ikhlas dan doa kita utk ibu dan bapa kita….. Mari kita Cuba. Allahhuakhbar
Caranya:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka. Aminn yarabillialamin.

“(Doa ini utk org tua kamu yg masih hidup)

Untuk yg sudah meninggal:-

“YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
amin amin ya rabbal alaminn....

Subhanallah ringan- ringankanlah tangan korang untuk share benda ni.

Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain. Malaikat maut datang melawat kita sebanyak 70 kali setiap hari.

Bila2 masa jer malaikat boleh tarik nyawa kita .

Sebarkan agar umat Islam tahu !

✅KIRIMKAN INI
SEMAMPUMU DAN 
SEIKHLASMU KEPADA
SESAMA MUSLIM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...