RSS

Pengertian Setiap Ayat Surah Yaasin

Kita sering kali membaca Surah Yaasin.. tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama...

Surah Yaasin,

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan...
Sila kongsikan, semoga kita sama2 dpt manfaat..

Kredit: fb Yunan A Samad

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setelah kita meninggal dunia

*Ustaz Kazim Elias:*

HARI KIAMAT BERLAKU APABILA SUDAH TIADA LAGI MANUSIA YANG MENYEBUT ALLAH DAN MENGINGATINYA.

SEBARKANLAH IA DIKIRA SEDEKAH. .

Al-qur'an akan musnah,  Ka'bah akan rata dengan tanah,  sangkakala akan ditiup 2kali.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda;

" Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak "...

*MALAM PERTAMA*
SETELAH DIKUBURKAN,

PEMBUSUKAN BERMULA
PADA BAHAGIAN PERUT & KEMALUAN..

SUBHANALLAH, PERUT & KEMALUAN ADALAH 2 HAL
TERPENTING YG ANAK CUCU ADAM SALING BERGULAT &
MENJAGANYA DI DUNIA...

SETELAH ITU,
JASAD AKAN MULA BERUBAH MENJADI HIJAU
KEHITAMAN..

SETELAH BERBAGAI SOLEKAN & ALAT2 KECANTIKAN
SEMASA HAYAT DI DUNIA,

SETELAH MENINGGAL DUNIA, MANUSIA AKAN MEMILIKI 1 WARNA SHJ..

*MALAM KEDUA*
ANGGOTA2 TUBUH YG LAIN SEPERTI LIMPA, HATI & PARU2 AKAN MULA
MEMBUSUK..

*HARI KETIGA*
ANGGOTA2 TUBUH MULA MENGELUARKAN BAU YG
BUSUK..

*SETELAH SEMINGGU*
WAJAH & MATA MULA MEMBENGKAK..

*SETELAH 10 HARI*
TETAP TERJADI PEMBUSUKAN PADA  ANGGOTA2  TUBUH ...

*SETELAH 2 MINGGU*
RAMBUT MULAI GUGUR,
LALAT HIJAU MULAI MENCIUM BAU BUSUK DARI JARAK 5KM  DAN ULAT2 PUN MULA MENUTUPI SELURUH TUBUH..

*SETELAH 6 BULAN*
SEMUA ANGGOTA TELAH TIADA..

YG TINGGAL CUMA TULANG RANGKA SAHAJA ....

*SETELAH 25 TAHUN*
RANGKA TUBUH INI AKAN BERUBAH MENJADI SEMACAM BIJI  DAN
DI DALAM BIJI TERSEBUT, ANDA AKAN MENEMUKAN
SATU TULANG YG SANGAT KECIL YANG DIPANGGIL ‘AJBUDZ  DZANAB'
(TULANG EKOR)....

DARI TULANG INILAH KITA AKAN DIBANGKITKAN
OLEH ALLAH SWT PADA HARI KIAMAT..

SAHABAT2 YG DIRAHMATI ALLAH, INILAH TUBUH
YANG SELAMA INI KITA JAGA..

INILAH TUBUH YANG KITA BERBUAT MAKSIAT KEPADA  ALLAH
DENGANNYA ...

OLEH KERANA ITU, JANGAN BIARKAN UMUR & JASAD KITA DALAM
KEADAAN SIA2..

JANJI ALLAH ADALAH BENAR..

YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMA MU ...

YA ALLAH, JADIKANLAH KUBURAN KAMI SEBAGAI
1 TAMAN DARI TAMAN2 SYURGA & JANGAN JADIKAN IANYA LUBANGX
SEBAGAI 1 LUBANG DARI LUBANG2 API NERAKA...

AAMIIN... ..

AKU BERDOA ....

YA ﺍَﻟﻠّﻪُ :
MULIAKANLAH DIRIKU DAN ORANG YANG MENGHANTAR
PESANAN INI.

LAPANGKANLAH
HATIKU DAN HATINYA.

BAHAGIAKANLAH KELUARGAKU DAN KELUARGANYA,

DAN

LUASKANLAH REZEKIKU DAN REZEKINYA SELUAS ENGKAU CIPTAKAN.

MUDAHKAN SEGALA URUSANKU DAN URUSANNYA

KABULKANLAH CITA-CITAKU & CITA-CITANYA

JAUHKAN KAMI DARI SEGALA PENYAKIT,
FITNAH,PRASANGKA KEJI, BERKATA KASAR,

DAN ....

JAUHKAN KAMI DARI SEGALA MUSIBAH

SERTA TERIMALAH SEMUA AMAL IBADAHKU DAN
AMAL IBADAHNYA.

DAN

KELAK JADIKANLAH DIRIKU DAN DIRI DIA
SEBAGAI PENGHUNI SURGAMU.

ﺁﻣِّﻴْﻦَ ﻳﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

KITA AKAN SALING MENDOAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN, DAN
MUDAH²AN DOA KITA DIKABULKAN.

*ﺁﻣِﻴّﻦْ ... ﺁﻣِﻴّﻦْ ... ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟﻌَـــﺎﻟَﻤِﻴْﻦ*

*NASIHAT KUBUR:*

AKU ADALAH TEMPAT YG PALING GELAP DI ANTARA YG GELAP, MAKA TERANGILAH AKU DENGAN TAHAJUD..

AKU ADALAH TEMPAT YANG PALING SEMPIT,
MAKA LUASKANLAH AKU DENGAN SILATURAHIM

AKU ADALAH TEMPAT YANG PALING SEPI ,MAKA
RAMAIKANLAH AKU DENGAN PERBANYAK BACA AL-QUR'AN

AKU ADALAH TEMPATNYA BINATANG2 YANG MENJIJIKAN,

MAKA RACUNILAH IA DENGAN AMAL SEDEKAH

AKU YG MENYEPITMU HINGGA HANCUR BILA MANA TIDAK SOLAT BEBASKAN SEMPITAN ITU DENGAN SOLAT.

AKU ADALAH TEMPAT UTK MERENDAM DENGAN CAIRAN YANG  AMAT MENYAKITKAN MU, BEBASKAN RENDAMAN ITU DENGAN PUASA

AKU ADALAH TEMPAT MUNKAR & NAKIR BERTANYA

MAKA PERSIAPKANLAH JAWAPANMU DENGAN PERBANYAK
MENGUCAPKAN KALIMAH "LAILAHAILALLAH"..

✅KIRIMKAN INI
SEMAMPUMU DAN 
SEIKHLASMU KEPADA
SESAMA MUSLIM,

SAMPAIKANLAH WALAU HANYA PADA
1 ORANG  MANUSIA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Pencinta Ilmu

Doa Ibu Seorang Ulama

Syeikh Ali Soleh merupakan seorang ulama al-Azhar yang dikenali ramai. Beliau masyhur dengan kehebatannya di dalam ilmu bahasa arab. Walaupun begitu, beliau juga mahir dalam ilmu-ilmu yang lain. Syeikh Ahmad Mamduh berkata ilmu yang diminati oleh Syeikh Ali Soleh berdasarkan turutan ialah Tafsir, Hadis, Sastera, Balaghah, Nahu Soraf, Akidah, Feqah dan Mantiq.

Namun, siapakah insan yang menjadikan beliau seperti yang kita lihat sekarang ini. Tidak lain dan tidak bukan ibunya yang bernama Badawiah Mustafa. Ibunya seorang yang solehah dqn seorang yang sukakan majlis ilmu.

Ibunya membawanya ke kelas-kelas pengajian dan duduk bersamanya. Ketika syeikh masih di bangku persekolahan, ibunya inilah yang membawanya ke sekolah dan menemaninya dari luar kelas.

Suatu hari, ibunya keluar bersama seorang perempuan. Mereka terserempak dengan seorang lelaki menjual buku dengan harga satu qursh(mata wang mesir). Lalu ibunya berkata,
اعطني خمسين كتابا بخمسين قرشا
"Berikan aku 50 buah buku dengan harga 50 qursh"

Penjual itu pun menyuruh ibunya untuk memilih mana-mana buku yang dia sukai. Oleh kerana ibunya tidak pandai membaca, ibunya menyuruh seorang syeikh berserban yang turut berada di kedai tersebut untuk memilih 50 kitab untuk anaknya. Syeikh itu pun memilih kitab bagi pihak ibunya.

Apabila selesai memilih, ibunya membawa pulang buku-buku tersebut. Buku-buku itu dijunjung di atas kepalanya dan kepala perempuan yang keluar bersama dengannya. Di antara buku-buku yang dibeli tersebut ialah "Majmu Mutun". Sebuah buku yang mengandungi 63 matan asas dalam pelbagai bidang ilmu. Syeikh Ali Soleh telah menghafal kesemua matan yang ada dalam buku tersebut walaupun ketika itu beliau masih kecil.

Satu ketika, ibunya mendengar rakaman Ustaz Abbas A'qqad di corong radio. Beliau merupakan seorang ahli sastera arab yang masyhur di bumi Mesir. Di dalam rakaman tersebut, Ustaz Abbas Aqqad berkata beliau telah membaca 60,000 buku.

Apabila ibunya mendengar perkara tersebut beliau pun berdoa,
يا رب أرجو أن يكون ولدي مثله
"Ya tuhanku, aku harapkan anakku juga menjadi sepertinya"

Ternyata kini Syeikh Ali Soleh telah berjaya membaca beribu-ribu kitab dalam pelbagai bidang ilmu. Doa ibunya dimakbulkan.

Syeikh Ali Soleh bercerita suatu hari selepas ibunya meninggal dunia beliau bermimpi melihat ibunya. Syeikh bertanya apakah nasib ibunya disana maka ibunya menjawab,
أكرمني الله فلقد وجدت خيرا
"Allah telah memuliakanku, sesungguhnya aku telah mendapat kebaikan yang banyak"

Itulah kisah seorang ibu daripada berjuta ibu yang ada di dunia ini. Walau siapapun mereka berkat secebis doa seorang ibu mampu mengubah diri seorang anak. Carilah kejayaan di sebalik doa seorang ibu.

#KisahPencintaIlmu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...