RSS

10 PENGHUNI SYURGA TANPA HISAB

*10 PENGHUNI SYURGA TANPA HISAB*

PERKONGSIAN ILMU PAGI INI (P.I.P.I) Selasa 9 Sya’ban 1439/24 April 2018

Nukilan Al marhum,
*Ustaz Abdul Rasyid bin Abd Ghani*
Pengasas MT Al Quran Ar Rasyid

Setiap orang pasti ingin menjadi penghuni syurga. Waimma orang yang jahat pun mengharapkan dimasukkan ke dalam syurga Allah ﷻ dan bukan ke jurang api neraka. Ini kerana syurga adalah tempat yang sangat indah yang tidak pernah kita lihat, tak pernah didengari dan tak pernah terfikir akan kenikmatan dan kehebatannya.

Ulama' menyatakan, manusia akan masuk syurga dengan *TIGA CARA*;

1. Masuk syurga tanpa hisab.
2. Masuk syurga setelah dihisab.
3. Masuk syurga setelah diazab di dalam neraka.

Terdapat 70,000 umat Nabi Muhammad ﷺ yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. *Ahl al-Fadl (ahli kemuliaan)-*
• Orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.*

2. *Ahli as-Sabr (ahli kesabaran)*
• Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah ﷻ dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. *Jiran-jiran Allah ﷻ*
• Saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah ﷻ , duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
[HR Abu Nu’aim dari Ali bin Husain]

4. *Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah sama ada pergi atau balik*
[HR: Jabir bin Abdillah ra]

5. *Perempuan yang taat kepada suami serta terus mendidik anak-anak sehingga dapat berbakti kepada ibubapa*
[Hadis Marfu’ dari Abu Ayyub Al-Ansari]

6. *Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meninggal dalam masa tersebut.*
[Hadis Marfu’: Anas bin Malik]

7. *Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”*
[HR : A’isyah r.anha]

8. *Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat*
[Hadis Marfu’ daripada ‘Ata’]

9. *Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya*
[Hadis Marfu’: Hakim at-Tirmidzi]

10. *Orang yang menggali perigi di tengah padang untuk kebajikan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah ﷻ*
[HR: Ibn Mas'ud]

Semoga kita semua termasuk diantara 10 golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab yang disebut sebilangan kecil diatas tadi. Perbaharui niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Lebih pentingkan penilaian dari Allah ﷻ.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...