RSS

SEGELAS AIR: Jangan mengeluh,kejar kebaikan

SEGELAS AIR

Seorang wanita memberitahu seorang ustazah :

_"Ustazah, saya tidak mahu ikut kelas pengajian ini lagi"_

_"Apa alasannya?"_, tanya ustazah.

_"Saya lihat di kelas pengajian ini

perempuannya suka bergosip,
laki2 nya munafik, menguruskan cara hidupnya tak betul,
jemaahnya pula sibuk dg henfon, dll.."_

Kata ustazah

_"Baiklah. Tapi sebelum kau pergi,

tolong lakukan sesuatu untukku.

Ambil segelas penuh air
dan berjalanlah keliling dalam masjid ini
tanpa menumpahkan walaupun setitis air  ke lantai.

Setelah itu engkau boleh meninggalkan masjid dan majls ini."_

_"Itu senang sangat!"_

Diapun melakukan apa yg diminta oleh ustazah,

sementara pengajian sedang berlangsung.

Setelah selesai, dia berkata kepada ustazah,

bahawa dia sedia utk pergi.

_"Sebelum kamu pergi,
ada 1 soalan.

Ketika kamu berjalan keliling dalam masjid,

ada engkau mendengar orang bergosip,
melihat orang munafik, melihat orang sibuk dgn henfonnya?"_

Jawab wanita itu

_"Tidak."

_"kamu tahu mengapa?"_

_"Tidak."_

_"Kerana kamu fokus pada gelasmu,

Untuk memastikan tidak terlanggar sesuatu dan tidak ada air yg tumpah."_

Begitulah dgn kehidupan kita.

apabila kita mengarahkan pandangan, aktiviti & tujuan kita hanya kepada Allah ﷻ, maka :

• Kita tidak akan ada waktu untuk melihat dan mencari kesalahan orang lain

• Kita tidak akan ada waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.

• Kita tidak akan ada waktu untuk bergosip atau mendengar gosip dari orang lain.

• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita untuk mencari redha Allah

Manusia bila direndahkan
tidak mungkin sampai menjadi sampah,

Manusia bila disanjung Juga tidak mungkin jadi rembulan.

Maka jangan risaukan kata-kata orang,

sebab setiap orang melihatmu dengan pemahaman
dan pengalaman yang berbeza.

Teruslah melangkah selama mana engkau di jalan yang benar,
meskipun terkadang kebaikan tidak selalu dihargai,

bahkan mungkin dibenci.

tidak perlu sibuk menjelaskan perihal dirimu,

sebab orang yang sukakan kamu tidak perlu itu semua

dan orang yang membencimu pula tidak percaya itu semua.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik,
tapi tentang siapa yang nak berbuat baik.

Jika dizalimi orang jangan berpikir untuk membalas dendam,

tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan untuk dia berubah.

Jangan mengeluh,

teruslah berdoa dan ikhtiar.

Sibukkan diri dengan kebaikan hingga keburukan penat mengikutimu.

hargailah persahabatan dan persaudaraan
Wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...