RSS

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG : SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA

Sekadar berkongsi suatu kebaikan, moga Allah SWT merahmati keluarga kita :-

● Seorang pemuda  kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI...*

●Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI...*

●Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH...*

●Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
*LAUT INI PENUH BERKAT...*

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

●●● Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua saudaramu atau sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh..

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
*Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.*

Jom Muhasabah 😊✌🏼💐💐💐💖

-BAKAL JENAZAH-
-ILLUSIMAYA-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...