RSS

Makin ramai pengganas terbunuh di Lahad Datu


LAHAD DATU: Sejumlah 52 pengganas ditembak mati sejak 1 Mac lalu, termasuk 31 dan seorang lelaki dipercayai berpangkat Jeneral dalam Op Daulat, di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, di sini, selain Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Kesemua 32 pengganas itu ditembak ketika cuba melarikan diri daripada serangan pasukan keselamatan terbunuh di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, sejak operasi petang semalam hingga petang ini. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam operasi kira-kira jam 4.15 petang kelmarin, pasukan keselamatan yang menjejaki saki baki kumpulan pengganas terbabit ditembak di tiga lokasi berasingan di Kampung Tanduo dan selepas berbalas tembakan, seorang pengganas ditembak mati manakala yang lain melarikan diri dalam hutan. 

Katanya, operasi kemudian diteruskan di Kampung Tanjung Batu yang terletak bersebelahan dan berlaku pertempuran sengit menyebabkan 31 pengganas termasuk seorang ketua mereka berpangkat Jeneral tumpas, kira-kira 11.30 pagi tadi.

"Sehingga ini, operasi masih diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Tumpuan lebih di Kampung Tanjung Batu kerana dipercayai saki baki kumpulan terbabit melarikan diri di kawasan itu,” katanya dalam sidang media memaklumkan operasi harian Op Daulat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Pusat Media Felda Residence Sahabat, di sini, petang ini.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, pihak keselamatan juga sudah mengepung kedua-dua kawasan berkenaan dan akan bertindak seterusnya. 

Katanya, pihaknya juga mengarahkan semua anggota berwaspada menjalankan operasi dan tiada kematian atau kecederaan baru anggota dilaporkan sehingga ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...