RSS

AGONG UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU


KUALA LUMPUR, 4 Mac - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Muad''zam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat
berdukacita di atas kehilangan pahlawan negara tersebut.

Seri Paduka juga berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

Baginda juga berharap agar setiap ahli keluarga anggota yang terkorban supaya tenang serta tabah menghadapi ujian ini.

Dua anggota VAT 69 terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 1Mac manakala enam anggota pasukan keselamatan terkorban setelah diserang hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, Sabtu lepas. - BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...