RSS

Resepi Masak Lemak Ikan Keli Salai Tempoyak

Salam.., saja mau kongsi resepi yg dibuat nie, manalah tau kawan2 nak cube wat... insya-Allah sedap rasanya. Ni hidangan tuk 5-6 orang.:

BAHAN-BAHAN:


  • 5 ekor ikan keli (disalai atas kuali leper wat burger tu- salai sampai kepala tercabut! haha)
  • 2 ruas jari asam jawa untuk basuh ikan keli (nak bagi hanyir ikan keli kurang, guna limau nipis atau limau kasturi pun boleh)
  • 2 ruas jari telunjuk kunyit hidup besar dan debab
  • 2/ 3/ 4 biji bawang besar (fungsinya salah satu supaya kuah tak cair)
  • 2 biji bawang putih
  • 2 ruas jari telunjuk halia (resepi saya memang suka letak halia dalam masak lemak, tujuan kesihatan: buang angin dalam badan.)
  • 6-8 biji cili padi (ikut la kalau tak mahu pedas boleh kurang lagi)
  • 3 batang serai
  • 4 keping asam keping (asam keping saya kecil-kecil, kalau besar bunganya 2 sahaja)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 1 cawan santan parut
  • 1 kotak santan kotak (ikut p la nk guna jenama apa, haha)
  • Garam ngan tok aji (terpulang pada individu, kalau tak guna ajinomoto boleh tukarkan dengan gula) secukup rasa~~

JOM MASAK! :


  1. Ikan keli tu sebelum salai kena ramas-ramas dengan air asam supaya hanyir hilang dan naik bau sedap.
  2. Letakkan garam sikit kat tangan kemudian diramas-ramas rata pada ikan keli, kemudian bubuh serbuk kunyit kat ikan keli.
  3. Panaskan kuali leper, kemudian letakkan 2 sudu besar minyak masak, dan salailah ikan-ikan keli bagi masak.
  4. Sementara tunggu ikan keli disalai, blender bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit, halia, dan satu batang serai beserta air.
  5. Panaskan 6 sudu besar minyak dalam kuali, kemudian boleh terus masukkan bahan-bahan yang diblender ke dalam minyak. Biarkan hingga pecah minyak.
  6. Titik 2 batang serai yang berbaki tadi, dan masukkan kedalam kuali, gaul bagi rata supaya tiada hangit pada dasar kuali.
  7. Masukkan asam keping, garam, ajinomoto dan air sikit, supaya asam keping tu keluarkan rasa masam.
  8. Apabila mendidih masukkan santan parut. Biarkan hingga mendidih dan kuah nampak pekat pekat.
  9. Selepas mendidih, masukkan tempoyak.
  10. Tambah air sedikit (kalau nak bagi lebih kuah) dan rasalah kuah itu, kalau masin boleh ditambah air.
  11. Tambah lagi 1 kotak santan kelapa bagi dia pekat, dibiar mendidih.
  12. Ikan keli yang disalai tadi dimasukkan ke dalam bekas hidangan, dan terus tuangkan kuah masak lemak cili api tempoyak yang dimasak ini ke dalamnya (ni wat style macam masak hotel lak - kate adik saye-, haha)
  13. SEDIA UNTUK DIMAMAMMMMMM... AUMMMMM... NYAM NYAMMMM
Selamat mencuba! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...