RSS

The Secret in Soaring to Greater Heights Can Sometimes Be Summed Up in Just One Word: STRUGGLE (Online Comic)

The Secret in Soaring to Greater Heights Can Sometimes Be Summed Up in Just One Word: STRUGGLE



Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

"RAHSIA KEJAYAAN: KERJA KERAS"

Begitulah maksud kata motivasi bahasa Inggeris di atas. KERJA KERAS, juga begitu sinonim dengan USAHA.

USAHA, merupakan perit jerih yang seseorang lalui untuk mencapai sesuatu tujuan yang mana pada masa hadapan akan membuahkan hasil yang dikehendaki oleh individu tersebut. Salah satu contoh situasi adalah seperti dalam kartun strip (komik) di atas. Kita boleh lihat, Abu, seorang lelaki, suami, bapa bersusah payah membesarkan anaknya, Ali. Dari strip yang pertama kita dapat lihat bahawa Abu bersusah payah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa untuk menguruskan anaknya. Iya, bukan hanya bergantung kepada isteri sahaja. Harus diingat, di dalam Islam tidak menetapkan bahawa anak-anak itu perlu diuruskan sepenuhnya oleh si ibu sahaja. Tugas dan tanggungjawab membesarkan anak-anak adalah terletak di bawah tanggungjawab kaum bapa juga. Walaupun perih jerih sewaktu membesarkan anak-anak, akhirnya insya-Allah, jika didikan sejak kecil terjaga, akan terjadilah anak-anak yang soleh dan solehah seperti Ali yang sanggup menjaga bapanya yang tenat di hospital.

Itulah hanya salah satu contoh akan kata-kata motivasi di atas. Ianya bersifat umum, boleh diaplikasi dalam pelbagai konteks dalam kehidupan kita sama ada di dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.

Moga kata-kata motivasi di atas memberi manfaat kepada kita semua. Bertemu lagi kita di lain , posting dengan motivasi yang lain pula, insya-Allah.

Ilal liqo', Maas Salamah.

inia @ April 2010
62150 Putrajaya


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...