RSS

Usahawan Bumiputera Digalakkan Ceburi 13 Bidang Kritikal

Usahawan bumiputera digalakkan menceburi 13 bidang kritikal dan strategik kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada negara dan usahawan itu sendiri. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop berkata, bidang kritikal itu adalah sektor bioteknologi dan herba, makanan halal, pertanian moden, farmaseutikal, teknologi maklumat dan komunikasi, petrokimia, elektrik dan elektronik, automotif, pelancongan, pengangkutan, perkhidmatan, perundingan dan profesional, serta sektor aeroangkasa.



"Industri halal umpamanya, ia akan memberikan pulangan sebanyak AS$0.5 trilion sehingga AS$2.5 trilion setahun dan ini merupakan peluang keemasan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan Pasir Mas 2006 di sini, hari ini.




Sementara itu, Khamsiyah berkata kementerian tidak mahu koperasi menjalankan kegiatan seperti kaedah konvensional iaitu semata-mata mahu memberikan tumpuan pada kebajikan ahli semata-mata. "Kita nak koperasi lebih mantap lagi iaitu ke arah keusahawanan dan bergerak bersama secara mantap dengan menggunakan modal ahli yang ada,'' katanya. Khamsiyah juga berkata dengan tertubuhnya Suruhanjaya Koperasi tidak lama lagi, ia akan menjadikan koperasi yang ada di seluruh negara berdaya saing kerana kementerian menyediakan dua tabung untuk menggerakkan koperasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...