RSS

Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu!

Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang memberi satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat. Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha gigih untuk mendapatkan semula peluang tersebut.Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

1. Baru Bermula

Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda. Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan. Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.

http://www.bizcom.net.my/index.php?mod=biz_mod_content&id=105

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...